Monday 3 October 2011

KHIDMAT PERUNDINGAN PERKONGSIAN SEWA LOT KEDAI

Biz Consulting & Sales (KT0280778-V) merupakan sebuah syarikat perundingan yang membangunkan banyak syarikat dan ramai usahawan di Malaysia. Salah satu fungsinya adalah membuat perundingan antara pemilik lot kedai dengan bakal penyewa dan pembeli lot kedai. 


Untuk skop ini, 4 pilihan diberikan:

1. Kami sedia membantu pencari lot kedai di seluruh negara mendapat lot kedai yang dikehendaki, secepat mungkin. Kami mempunyai database senarai lot kedai untuk disewa/dijual di pusat-pusat bandar, kawasan perumahan, lokasi strategik dan kawasan tumpuan ramai.

2. Selain itu, kami menggunakan konsep perkongsian sewa lot kedai. Maksudnya, kami membuat tenant matching atau menyatukan dua penyewa (dua syarikat) bagi berkongsi sewa lot kedai yang sama. Sebagai contoh, syarikat kedai jahit boleh berkongsi lot kedai dengan syarikat kedai pakaian. Konsep perkongsian sewa ini sudah pasti menjimatkan bajet dua penyewa tersebut. Hal ini kerana jika harga sewa lot kedai adalah RM2000 manakala dua penyewa berkongsi pembayaran sewa, maka masing-masing cuma membayar RM1000 sahaja. Oleh itu, mereka dapat menyewa di kawasan yang tinggi harga sewanya yang kita sedia maklum ianya di kawasan tumpuan ramai.

3. Pilihan terakhir adalah dengan menyatukan antara penyewa sedia ada dengan bakal penyewa yang masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Sebagai contoh syarikat penjual kereta terpakai yang jualan keretanya kurang laris boleh berkongsi ruang kedai dengan bengkel kereta dalam satu lot kedai tersebut. Dengan proses simbiosis ini, sudah pasti memberikan keuntungan berganda kepada kedua-dua pihak.

4. Pertukaran Kedai Sewa. Penyewa boleh bertukar kedai sewa untuk buat Market Testing.

Solusinya, khidmat yang kami praktikkan terbukti mampu meringankan beban para usahawan dan syarikat-syarikat yang baru dan sedang berkembang.

- SETUP FEE = RM100